Pernahkah anda mendengar bagaimana Hillary Clinton dibayar sejumlah 300.000 USD atau bersamaan dengan 1.1 juta RM hanya kerana ditugaskan menyampaikan ucapan inspiratif di kampus universiti sebanyak satu kali ucapan saja?
Apakah yang menyebabkan ucapannya begitu penting dan bernilai kepada para mahasiswa sehingga pihak kampus samggup mengeluarkan belanja begitu besar? Apakah keistimewaan yang dimiliki oleh Hillary Clinton?
Adakah anda membayangkan mengapa ada orang lain yang boleh berjaya dan ada pula setengah orang yang hanya biasa-biasa sahaja? Pada hakikatnya kita semua sama, mempunyai waktu selama 24 jam untuk meningkatkan kemahiran kendiri.
Menurut Ryan Niessen, terdapat tiga gaya hidup dan biasanya dilakukan oleh orang yang berjaya yang mungkin tidak pula dilakukan oleh orang lain.
01. BANGUN AWAL
Biasanya orang yang bangun lebih awal mendapat peluang waktu yang cukup untuk mempersiapkan diri sebelum berangkat pergi ke tempat kerja.
Berikut ini adalah beberapa tips yang diamalkan setiap hari oleh orang yang telah berjaya:
- Bangun awal pagi
- Minum air putih
- Bersenam selama 20 minit
- Mandi kemudian bersarapan pagi
- Berdoa sejenak atau bermeditasi selama 20 minit
- Membaca buku inspiratif selama 10 minit
- Kemudian barulah berangkat ke tempat kerja.
Apabila tips diatas dapat anda lakukan secara berterusan, anda akan mendapati perubahan semangat dalam diri anda. Kerana, semangat adalah jentera terbaik dalam meraih kejayaan. Ramai kalangan orang yang berjaya memulakan karier mereka dari kosong namun berkat semangat, belajar, serta keyakinan diri, mereka berhasil mencapai posisi tinggi dan cemerlang.
02. BERUSAHA DAN BERFIKIRAN POSITIF
Bolehjadi anda sentiasa mendengar berfikir secara positif dapat mendorong anda untuk lebih dekat dengan impian dan cita-cita anda, penerimaan daripada kaca televisen atau melalui pembacaan banyak buku ilmiah. Tetapi belum mencapai kejayaan, ini adalah disebabkan hanya mendengar tidak melakukan tindakan susulan.
Oleh sebab itu, usah adakan fikiran positif jikalau anda tidak berusaha untuk merealisasikan impian dan cita-cita di masa depan, bermula sekarang.
Arnold Schwarzenegger pernah berkata, semasa beliau datang ke Amerika Syarikat sekitar tahun 1968, tubuhnya tidak sihat dan memiliki kaki yang kecil. Setahun kemudian, Arnold berkunjung ke Reg Park (salah satu gynasium legendaris, pengusaha sukses, dan aktor) di Afrika Selatan. Selama berada di sana, Arnold memerhatikan Reg selalu bangun jam lima awal pagi untuk berlatih dan berjoging. Akhirnya, Arnold melakukan perkara yang sama. Namun, kakinya tak kunjung kekar. Lalu, Reg berkata pada Arnold bahwa latihan yang dia lakukan hanya akan berakhir sia-sia kalau tidak adakeyakinan diri. Akhirnya, Arnold pun menanamkan fikiran positif dan terus menjaga cita-cita ingin memiliki tubuh kekar sembari terus berlatih. Hasilnya, satu tahun kemudian, Arnold berhasil mendapatkan impian dan cita-citanya untuk memiliki tubuh kekar dan beroto.
03. MEMILIH RAKAN DENGAN BERHATI-HATI
Jim Rohn pernah berkata bahwa seiring dengan waktu, anda akan menjadi orang seperti lima orang paling dekat dalam hidup anda. Maksudnya, lingkungan dan teman-teman di sekitar anda memberikan pengaruh signifikan pada pembentukan diri anda. Orang-orang yang berjaya memahami teori ini dan menerapkan dalam hidup mereka dengan baik dan terbukti berhasil.
Jangan biarkan orang-orang pesimis dan negatif berada terlalu dekat dengan lingkaran kehidupan anda. Jadilah seseorang yang cerdas dalam memilih rakan. Impian anda adalah milik anda sendiri, orang lain tidak memiliki hak untuk menjatuhkan dan menggagalkan impian dan harapan anda.
Tiga tips yang mudah ini jika anda lakukan berterusan, tidak mustahil impian anda menjadi kenyataan dan anda termasuk golongan yang berjaya selain menjadi individu yang berkeyakinan. Kuncinya adalah bertindak melakukan, supaya impian dan cita-cita anda tertarik dan bercantum dengan semangat yang sedia ada pada diri anda.
Tips seperti di atas boleh dilatih dengan mudah jika anda ada keyakinan diri apa tah lagi jika anda ada semangat untuk ingin belajar dan berlatih dan terus berlatih menerapkan jadual gaya hidup seharian seperti dilakukan oleh orang-orang yang telah berkaya.
Mahukah anda dibayar pada kadar yang tinggi seperti Hillary Clinton hanya dengan menyampaikan ucapan....?
Teknik pengucapan awam sesuatu yang boleh dipelajari dan dilatih. Melatih diri supaya berkeyakinan berucap dikhalayk ramai, boleh dipelajari di Kelab Pidato Toastmasters Sandakan.
Datanglah ke pusat latihan pengucapan awam di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Pada Rabu minggu ke-dua dan ke-empat setiap bulan bermula jam 7:30 - 9:30 malam. TOASTMASTERS where leaders are made.
Sumber: Careealism
No comments:
Post a Comment