Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Saturday, 24 January 2015

Program Toastmasters Leadership Institute (TLI) Round 2 Tahun 2015 - Menara Hasil Kota Kinabalu


Dewan Persidangan Menara Hasil Kota Kinabalu


Toastmasters Leadership Institute (TLI) adalah salah satu program yang di wujudkan oleh Toastmasters International bertujuan secara tetap membimbing, melatih para pegawai-pegawai kelab (Exco) menimba ilmu pengetahuan dan sentiasa didedahkan kepada ilmu pengurusan dan kepimpinan semasa, dalam mengembangkan organisasi dan yang berkaitan dengannya.

Ahad lepas, 18 Januari 2015 Toastmasters International Division K telah menganjukan TLI bertempat di Dewan Persidangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tingkat 9 Menara Hasil, Kota Kinabalu.

Ini merupakan kali yang ke-empat sejak saya terlibat dalam kumpulan Exco Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (Kelab Pidato) hadir menyertai TLI. Terdahulu biasanya TLI dianjurkan dalam dewan berbentuk auditorium dan kali ini ianya dianjurkan di dewan dalam bentuk Persidangan Parlimen.

Latihan kali ini menampilkan enam pembentangan topik anataranya; (1) Move Beyond Limits Part 2, (2) Closing the Gap - DCP Goals, (3) Why Another 6 months, (4) Coaching and You, (5) Overcoming Common DCP Goal Challenges dan (6) How To Do a Successful Club Contest.


Faedah daripada keahlian Toastmasters

Terdapat banyak kepenting faedah apabila seseorang berterusan mengaktifkan keahiliannya di Toastmasters, anataranya adalah seperti berikut:

Penyertaan dalam program Toastmasters agak unik dan terbukti dapat membangunkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan.

Kondisi yang positif serta sokongan dalam komuniti ahli yang sama sama menuntut ilmu pengetahuan.

Berpeluang untuk penyesuaian kaedah berucap pada masa sama belajar dan berlatih untuk memberitahu dan menyampaikan ucapan atau cerita anda dengan berkeyakinan.

Maklum balas secara praktikal dan positif serta berterusan dan juga dapat membimbing ahli apabila melakukan setiap penganjurkan, menyumbang idea dan pembentangan dengan jelas.

Menuntut pengalaman dalam bidang pembangunan kepimpinan melalui latihan berterusan dan juga apabila terlibat dalam pentadbiran kelab.

Menikmati peluang yang tidak terhad untuk pembangunan peribadi dan profesionalisme.

Menerima akses pelbagai bahan-bahan pendidikan dan sumber kepada kemahiran pengucapan awam, kemahiran mendengar, memenuhi konsep protokol, penggunaan teknologi dalam pembentangan dengan bestari dan amalan komunikasi yang berkesan dalam apa jua bentuk mesyuarat dan persidangan.

Mendapat langganan secara percuma majalah bulanan TOASTMASTER yang memuatkan pelbagai jenis artikel untuk menambah pemahaman mengenai bidang komunikasi, kepimpinan, aktiviti kelab dan topik-topik lain yang berkaitan.


Exco Kelab Pidato dan Exco Kelab Toastmasters Bangsawan Lahad Datu


Peserta sedang mengikuti ceramah 


Exco Kelab Toastmasters Bangsawan Lahad Datu bersama Mantan Distric Governor 87 Datin Gace Chiu DTM


Suasana di dalam Dewan Persidangan Menara Hasil 


Luangkan masa anda berkunjung ke pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato di Mesyuarat Latihan pada Rabu minggu ke-dua dan ke-empat, jam 7:30 - 10:00 malam. Di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. TOASTMASTERS where leaders are made.


Oleh: Alawih Dantalmura - Presiden Kelab 2014/2015


No comments:

Post a Comment