Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Tuesday, 13 January 2015

Bilik Seminar, Hotel Libaran menjadi pembuka lembaran program Mesyuarat Latihan Tahun 2015


Presiden Kelab menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Penceramah Jemputan 
Datuk Haji Daning Bajau


Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (Kelab Pidato) mengadakan sesi mesyuarat latihannya bagi tahun 2015 bertempat di Bilik Seminar, Hotel Libaran Bandar Labuk Jaya, Batu 7, Jalan Labuk Sandakan.

Pembuka tirai program Mesyuarat Latihan di tahun 2015 ini  dimeriakan dengan sesi ucapan oleh Penceramah Jemputan Leftenan Kernel (K) Datuk Haji Daning Bajau yang juga tuan punya Hotel Libaran (Seorang usahawan yang sedang meningkat maju di daerah Sandakan).

Hasil inisiatif Naib Presiden Pendidikan Datin Nurifrideri Bederi ACS, CL telah menarik seramai 28 orang hadir, pada masa sama menaja kos belanja Meyuarat Latihan berkenaan.

Mesyuarat ini menampilkan dua orang Pemidato Manual; Haji Awang Jafar berucap melalu Manual Adavanced Communicator Bronze (ACB) Ke-3 dan Datuk Hassan Alban DTM berucap melalui Manual Compertent Communicator (CC) Ke-3 untuk pusingan kali yang ke empat belas.

Turut hadir;  Presiden Kelab Toastmasters Bangsawan Lahad Datu En. Zulkefli Mohammad, Mantan Presiden Haji Awang Jafar, Datuk Haji Daning Bajau dan PPM Kawasan Gum-Gum En. Kamal Said.


Penceramah Jemputan Leftenan Kernel Datuk Haji Daning Bajau
menyampaikan ucapan


Setiausaha Kelan Ling How Kee DTM dan AJK Dayang Zarinah


Naib Presiden Keahlian Haji Abd Karim Awang (kiri), PPM Gum-Gum 
En. Kamal Said (kanan)


Tetamu yang turut menghadiri mesyuarat


Tetamu yang menghadiri mesyuarat latihan


Datuk Hassan Alban DTM menyampaikan Ucapan Manual CC Ke-3 untuk pusingan 
kali yang ke empat belas


Naib Presiden Keahlian Haji Abd Karim Awang menjelaskan kepada hadiri 
syarat untuk menjadi ahli Kelab


Naib Presiden Pendidikan Datin Nurifrideri Bederi  ACS, CL menaja kos Mesyuarat Latihan
Sesi 07-01-2015 Hotel Libaran


Juru Perkataan Sh. Fatimah ACB, ALB menyampaikan hadiah kepada Ling How Kee DTM kerana terbanyak menggunakan Perkataan Hari Ini.


Presiden Alawih Dantalmura menyampaikan Hadia Anugrah Pencapaian 
Select Distinguished Club dari Toastmasters International kepada 
Mantan Presiden Haji Awang Jafar


Foto berkumpulan Ahli-ahli Kelab Pidato dan Para Tetamu selepas selesai 
sesi Mesyuarat Latihan


Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato di Mesyuarat Latihan pada Rabu minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan jam 7:30 - 10:00 malam bertempat di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport Batu 7, Sandakan. TOASTMASTERS where leaders are made.


Oleh:  Admin


No comments:

Post a Comment