Ahli Kelab Pidato Toastmasters Sandakan bersama Mantan Division Governor 87
Datin Grace Chiu
Datin Grace Chiu
Penubuhan kelab Toastmasters berbahasa melayu di Lahad Datu, membuka peluang baharu kepada individu yang ingin meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan pada masa sama kemahiran kepimpinan. Kelab berkenaan dikenali sebagai Toastmasters Bangsawan Lahad Datu yang baharu sahaja ditubuhkan pada 1 Disember 2014.
Saya bersama beberapa rakan dari Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (Kelab Pidato) mendapat pelawaan menghadiri lembaran sejarah penyempurnaan Majlis Instalasi kali yang pertamanya berlangsung pada 21 Disember 2014 bertempat di Dovist, Fajar Centre, Lahad Datu.
Kewujudan Toastmasters Bangsawan Lahad Datu adalah hasil cetusan dan semangat juang Area Governor K2 Dr. Renuka Nambiar ACB, ALB, membuka peluang terutamanya kepada masyarakat Lahad Datu supaya mempelajari dan berlatih memperkasa teknik pengucapan awam yang efektif selain mempelajari kemahiran kepimpinan.
Beliau berkata "Menubuhkan sebuah kelab Toastmasters bukanlah satu perkara mudah, namun dengan tekad membulatkan suara pada 1Ilham, 1Impian dan 1Pasukan serta berdedikasi kemudiannya dibantu oleh semua ahlinya berkongsi idea dan sumbangan pengalaman telah membawa kepada realisasi lahirnya kelab Toastmasters berbahasa melayu di Lahad Datu."
Katanya, melalui kecekapan (kemahiran), dedikasi, kebertanggunjawaban masing-masing adalah bukti menjadi sumber utama membentuk satu pasukan yang betul, sikap yang tepat serta kerja kuat, impian pasti akan menjadi kenyataan.
Sementara Tetamu Kehormat Distinguished Toastmaster (DTM) Datuk Seri Panglima Hassan Alban Sandukong pada ucaptama di majlis berkenaan berkata, Toastmasters dapat membantu dalam pelbagai bidang yang diceburi.
"Individu yang mendapat latihan di Toastmasters dapat membangun kemahiran kendiri terutama kemahiran berkomunikasi dan sekaligus kemahiran kepimpinan." Katanya.
Jelasnya "85% kejayaan seseorang dalam semua peringkat adalah ditentukan dengan kemahiran komunikasi."
Saya amat bersetuju dengan ungkapan Encik Zulkefli Mohammad yang mendapat keparcaya dinobatkan sebagai Presiden Pertama Kelab Toastmasters Bangsawan Lahad Datu, "Kesatuan dalam kalangan ahli-ahli memain pranan penting, bersatu kita taguh bercerai kita roboh, dengan tumpuan kearah satu tujuan hingga terlaksananya impian membentuk sebuah kelab Toastmasters berbahasa melayu."
Katanya "Tujuan utama kelab Toastmasters ditubuhkan adalah untuk membantu memahirkan seseorang itu dalam bidang pengucapan awam dan juga kepimpinan."
Sungguh pun ini merupakan majlis instalasi julung kali dianjurkan oleh Kelab Toastmasters Bangsawan Lahad Datu, namun situasinya mempamirkan suasana menarik perhatian audien dengan santapan hidangan menyelerakan sambil disaji dengan hiburan persembahan tarian kebudayaan.
Saya menyaksikan ahli kelab terutama Exco Kelab memberikan komitmen yang tidak berbela bagi, menjayakan program ini, saya juga pasti Kelab Toastmasters Bangsawan Lahad Datu sungguh pun baru lahir, ia akan menggemparkan tanah Lahad Datu, mencipta sejarahnya tersendir berkhidmat membuka peluang terutama masyarakat Lahad Datu untuk menikmati tawaran latihan memperkasa pengucapan awam dan pada masa sama kemahiran memimpin.
Hadir sama; Mantan Division Governor Datin Grace Chiu, Area Governor K2 Dr. Renuka Nambiar, Mantan Area K2 Governor Ling How Kee DTM, Tetamu Kehormat Datuk Seri Panglima Hassan Alban DTM bersama isteri Datin Nurifrideri ACS, CL, Lahad Datu Toastmasters Club President Alan Yap CC dan Presiden Kelab Toastmasters Bangsawan Lahad Datu Encik Zulkefli Mohammad.
Area Governor K2, Dr. Renuka Nambiar menjalankan upacara Majlis Instalasi Kelab Toastmasters Bangsawan Lahad Datu
Encik Zulkepli Mohammad berikrar menerima jawatan Presiden Penaja
Kelab Toastmasters Bangsawan Lahad Datu
Kelab Toastmasters Bangsawan Lahad Datu
Persembahan Tarian Tradisional memeriakan majlis
Ahli Sandakan Toastmasters Club bersama Mantan Division Governor 87
Datin Grace Chiu
Datin Grace Chiu
Berjunjunglah ke pusat latihan pengucapan awam di Mesyuarat Latihan pada Rabu minggu ke-2 dan ke-4 jam 7:30 - 10:00 malam bertempat di Lot 2, Tingkat 1, Jalan Airport Batu 7, Sandakan. TOASTMASTERS where leaders are made.
Oleh: Admin
No comments:
Post a Comment