Exco & Ahlijawatankuasa Baharu (2015/2016) bersama AD K2 Shane Ho ACB, ALB
Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (Kelab Pidato) telah selesai menyempurnakan Sidang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali Yang Ke-11 bertempat di Pusat Latihan Kelab Pidato Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport Batu 7, Sandakan pada Rabu.
Mengikut peraturan dan perlembagaan Toastmasters International, semua Kelab mengadakan pemilihan Jawatankuasa (Exco) setahun sekali. Biasanya mesyuarat agung tahunan kelab diadakan pada bulan Mei dan Jun setiap tahun oleh masing-masing kelab seruh dunia.
Tahun ini AGM telah sebulat suara dengan resolusi memilih Exco baharu bagi penggal 2015/2016 yang antara lain menggabungkan ahli baharu dan lama. Berikut adalah senarai Exco yang telah terpilih:
NAMA AHLI
|
JAWATAN
|
Hajah Kasmah Mokmin CC | Presiden |
Anagdiri Janang CC | Naib Presiden Pandidikan (VPE) |
Ismail Hassan CC | Naib Presiden Keahlian (VPM) |
Nur Asmah Pang CC, CL | Naib Presiden Perhubungan Awam (VPPR) |
Nor Hayati Awang | Setiausaha |
Noraini Haji Mundos | Bendahari |
Hajah Marym Bundin | Bentara (Sergeant-At-Arms) |
Datuk Hassan Alban DTM | Ahli Jawatankuasa |
Datin Nurifrideri Bederi ACS, ALB | - |
Ling How Kee DTM | - |
Haji Pg. Bidin Timbang ACB, CL | - |
Nadri Ajid CC | - |
Azlinah Agus Edysusanto | - |
Terdahulu Mesyuarat Latihan juga turut diadakan pada hari yang sama sebelum AGM yang menampilkan khusus pembentangan Seminar Pendek bertajuk Berpegang Teguh Pada Janji oleh Naib Presiden Pendidikan (VPE) Datin Nurifrideri Bideri ACS, ALB. Ucapan tersebut adalah Projek untuk mendapatkan gelaran Advanced Communicator Bronze (ALB) iaitu Pemidato Mahir Lanjutan Gangsa.
Ucapan beliau itu telah melengkapkan markah penuh 10/10 untuk Kelab Pidato yang akan mendapat penganugrahan President's Distinguished Club (Kelab Cemerlang).
AGM kali ini dimeriahkan dengan kehadiran Area Director K2 Shane Ho ACB, ALB 2015/2016 berucap pada akhir mesyuarat dengan taklimat dan suntikan semangat kepada barisan Exco baharu dipilih supaya meneruskan tanggungjawab untuk memperolehi kecemerlangan markah penuh.
Barisan Exco Kelab Pidato 2015/2016 bersama AD K2 Shane Ho ACB, CL
Presiden mempengeruasikan Persidangan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)
Sidang Mesyuarat mendengar Ucapan Khas dari AD K2 Shane Ho ACB, ALB
AD K2 Shane Ho ACB, ALB menyampaikan Ucapan Taklimat pada akhir
Sidang Mesyuarat
Sidang Mesyuarat
Presiden Baharu Hajah Kasmah Mokmin CC
Presiden Alawih D. Yusop ACB, CL menyampaikan Pin Penghargaan kepada Datin Nurifrideri Bederi ACS, ALB kerana berjaya menyempurnakan Projek ALB
Dari kiri; Alawih D. Yusop ACB, CL, Hajah Maryam Bundin CC, Ling How Kee DTM dan
Hajah Kasmah Mokmin CC
Hajah Kasmah Mokmin CC
Team Exco & Ahlijawatankuasa Kelab Pidato bagi penggal 2015/2016 yang akan mengambil alih tugas pada 1 Julai 2015
Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport Batu 7, Sandakan pada Rabu jam 7:30 - 9:30 malam minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan. TOASTMASTERS Where Leader Are Made.
Oleh: Admin
No comments:
Post a Comment