4 Langkah yang terbaik untuk memberikan jawapan Tajuk Bualan.
Tenangkan fikiran: Sebelum mesyuarat bermula, cuba usahakan membawa pengalaman yang ada dalam fikiran anda beberapa perbualan atau peristiwa yang baru sahaja anda lalui supaya anda boleh mengaitkan akses kepada jawapan anda. Apabila anda mendengar soalan Tajuk Bualan, berdiam diri sejenak, tarikh nafas secara perlahan-lahan, rujuk kepada idea yang ada pada minda anda dan memilih satu sudut atau cerita yang bersesuaian.
Olah ucapan dengan jelas: Mulakan ucapan dengan standard biasa iaitu anda mulakan dengan pembukaan ucapan, isi kandungan dan penutup. Ramai orang memulakan pembukaan ucapan dengan mengulangi soalan yang diajukan. Sebenarnya, itu adalah pembukaan yang lemah. Mulakan ucapan anda, mungkin dengan kata mutiara, statistik atau soalan dari anda, seperti contoh "Apakah anda bersetuju bahawa ...?" Kemudian berucaplah dengan menyelitkan cerita ringkas yang ada hubungkait dengan topic yang dibincangkan. Kemudian rumus ucapan anda dengan bertenaga berhubungan dengan pembukaan ucapan anda tadi.
Sampaikan ucapan dengan berkesan: Jangan lupa bahasa tubuh anda seperti hubungan mata, pelbagai rentak vokal, tatabahasa dan sebutan yang jelas. Berusaha untuk mengelak penggunaan bahasa asing seperti; ah, ums, apa nama dan sebagainya.
Ketepatan masa: Sebahagian besar daripada kita tidak menyedari berapa banyak (atau sedikit) ungkapan kita dalam satu atau dua minit. Tajuk Bualan memaksa kita supaya ringan mulut untuk mengeluarkan ungkapan, dan kadang kita merasa segan silu. Sentiasa memerhatikan lampu isyarat yang dikendalikan oleh Juru Waktu.
Sumber: artikel dari Toastmasters International
No comments:
Post a Comment