Tahun ini sebanyak 5 buah Kelab Toastmasters yang berada di bawah kelolaan Area K2 telah mengadakan Mesyuarat Latihan Gabungan pada Sabtu lepas 19/03/2016 bertempat di Ba Zhong Commercial Lot, Tawau.
Area Director K2 Shane Ho ACS, ALB berjaya mengumpulkan ke lima-lima buah kelab yang terdiri dari Tawau Toastmasters Club, Lahad Datu Toastmasters Club, Kelab Bangsawan Toastmasters Lahad Datu, Sandakan Toastmasters Club dan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (Kelab Pidato).
Mewakili Kelab Pidato adalah Presidennya Puan Hajah Kasmah Mokmin CC, Naib Presiden Perhubungan Awam Nur Asmah Pang CC/CL, Bendahari Noraini Haji Mundos dan Ling How Kee DTM.
Mesyuarat Latihan yang bermula sejak 7:00 petang telah menampilkan gabungan anggota dari seluruh 5 buah Kelab Toastmasters mengambil pranan tugas masing-masing.
Noraini Haji Mundos mengambil bahagian dalam Sesi Ucapan dan pada masa sama melengkapkan ucapannya yang ke-10 untuk Projek Competent Communicator (CC), ini bermakna Kelab Pidato telah berjaya mengumpul dua CC (satu lagi markah untuk program DCP Goals).
Area Director K2 Shane Ho bersama Presiden-Presiden Kelab Toasmasters
di bawah naungannya
Nur Asmah Pang CC, CL (Kelab Pidato) semasa menyampaikan ucapan menjawab soalan
Tajuk Bualan
Ling How Kee DTM membacakan info tugasannya semasa Mesyuarat Latihan dijalankan
Sesi Mesyuarat Latihan
Sesi Mesyuarat Latihan
Sesi Mesyuarat Latihan
AD Shane Ho ACS, ALB sedang berucap semasa sesi Mesyuarat Latihan
Noraini Hj. Mundos yang baru sahaja menyelesaikan 10 ucapan CC menerima Ribon daripada AD Shane Ho ACS, ALB
Presiden Kelab Pidato Hajah Kasmah Mokmin CC menyampaikan Pin Pencapaian CC kepada Norain Hj. Mundos
Hajah Kasmah Mokmin CC menerima Cendrahati daripada AD Shane Ho ACS, ALB
Presiden Kelab Toastmasters Bangsawan menerima Cendrahati daripada
AD Shane Ho ACS, ALB
Ling How Kee DTM terima hadiah Pin daripada Presiden Kelab Pidato
Hajah Kasmah Mokmin CC
Nur Asmah Pang CC, CL terima Cendrahati dari AD Shane Ho ACS, ALB
Oleh: Admin
Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato pada Rabu minggu ke-2 dan ke-3 setiap bulan bermula jam 7:30 hingga 10:00 malam bertempat di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan.TOASTMASTERS where leaders are made
No comments:
Post a Comment