Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Friday, 19 October 2012

Mengapa Saya Menyertai Toastmasters


Toastmaster Anangdiri Janang


Salamu'alaikum, salam sejahtera dan salam Satu Malaysia.

“ Mengapa Saya Menyertai Toastmasters. “

Terlebih dahlu saya jelaskan kepada anda sekalian, bagaimana saya boleh datang ke Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, sehingga saya melanjutkan langkah ke ucapan pada hari ini.

Sebelum saya menjejak kaki ke lantai pusat Kelab Pidato ini, sudah timbul persoalan dalam kotak minda saya, apakah program yang diperkenalkan kepada saya. Memang saya diberi sedikit gambaran tentang program ini.

Sehingga hari ini, saya sedar dan berpendapat bahawa Kelab Pidato Toastmasters Sandakan adalah suatu destinasi yang saya perlukan untuk menyambung kembali hasrat saya belajar.

Apa yang boleh kita pelajari di kelab ini ialah:

Yang jelas saya nampak dan perhatikan, ada tiga perkara penting boleh diperolehi di sini.

  1. Memperbetulkan cara pertuturan atau komunikasi.
  2. Berlatih bercakap dan berucap di hadapan khalayak ramai.
  3. Berlatih memperkasa ilmu pengetahuan

Selama saya hadir memerhatikan suasana aktiviti yang dijalankan pada sesi Mesyuarat Latihan. Ia adalah satu realiti pembelajaran secara langsung tepat pada sasaran dan amali.

Memperbetulkan pertuturan atau komunikasi, saya yakin akan mengikuti langkah rakan toastmasters untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu dan cara bertutur dengan baik. Maklumlah kita yang dewasa dah terlalu lama menjauhi alam pembelajaran, akan tetapi di Kelab Pidato Toastmasters Sandakan kita akan memperolehi peluang mempelajari cara berkomunikasi yang berkesan.

Berkeyakinan satu sifat yang amat penting, iaitu kita berhadapan dengan orang ramai, berucap di khalayak puluhan, malah ratusan orang yang mendengar. Saya sendiri jika di arah untuk berucap di hadapan ramai orang, saya tolak bulat-bulat sebab belum ada keyakinan. Insya-Allah di Kelab Toastmasters Sandakan adalah tempatnya kita berlatih untuk menjadi individu yang berkeyakinan.

Penambahan ilmu pengetahuan, kita boleh capai apa sahaja ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek lain, masalahnya memandangkan seperti keadaan kami suri rumah selain ada sedikit usaha dalam program NGO, dahagakan ilmu pengetahuan, terutama ilmu berkaitan

  • kemahiran memimpin,
  • kemahiran menjalankan tugasan,
  • kemahitan menggunakan pendengaran dengan baik,
  • kemahiran berpidato,
  • kemahiran menyusun ucapan dan
  • kemahiran mengawal emosi.

Rakan Toastmasters dan para tetamu sekalian.

Demikian sedikit penjelasan Mengapa Saya Menyertai Toastmasters. Kerana tiga subjek utama yang saya jelaskan tadi dapat kita nikmati apabila kita tekun belajar untuk mencapai matlamat yang kita mahukan. Anda semu pun lebih maklum, ramai yang menjadi pemimpin yang hebat, pemidato yang baik, pengurus yang cemerlang setelah menyertai dan belajar bersungguh-sungguh di Toastmastrs.

Sekian...... salamu'alaikum, jumpa lagi di ucapan seterunya.


Oleh:
Toastmasters Anangdiri Janang
H/p: 0128622493
Sandakan



Kunjungi pusat latihan pengucapan awam Kelab Pidato Toastmasters Sandakan pada Rabu minggu ke-dua dan ke-empat mula jam 7:30 petang - 9:30 malam bertempat di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Toastmasters di mana pemimpin tercipta.


2 comments: