Mesyuarat Latihan Bersama Kelab-Kelab Toastmasters Area K2 Program TLI Ke-2 UMS Kota Kinabalu Mesyuarat Latihan Siri 2017-02-08 Mesyuarat Latihan Gabungan Toastmasters Area K2 Pertandingan Pidato Antarabangsa & Ucapan Tajuk Bualan

Thursday, 19 December 2013

Mesyuarat Latihan di penghujung tahun 2013



Mesyuarat Latihan pada kelmarin menyaksikan sesi terakhir bagi Kalendar Tahun 2013. Vice President Education, Alawih D. Yusop ACB melaporkan Jawatankuasa Kelab Pidato Toastmasters Sandakan setakat ini telah pun berhasil mengumpul 5 markah dan ada berbaki 6 bulan lagi untuk mencapai matlamat markah penuh 10/10.


Saturday, 23 November 2013

Bina Kumpulan Cemerlang melalui formula 3K


Presiden Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (2013-2014), Hj. Awang Jafar CC, CL dan Mantan Presiden (2012-2013), Sharifah Fatimah Sharif Ameeril CC, ALB


Apabila seorang pemimpin berhasrat mengajak orang lain kepada kejayaan, maka perkara asas dan utama yang perlu dilakukan adalah membina kumpulan. Persefahaman dalam kumpulan sangat penting untuk menjayakan sesuatu matlamat sehingga menjadi kenyataan dan cemerlang.

Sunday, 15 September 2013

" Optimis " adalah senjata menghadapi kesukaran dan masalah.




Apakah kebiasaan komen anda, apabila menghadapi bantahan dan penolokkan dalam sesuatu sesi mesyuarat, di mana perbezaan pendapat tidak dapat mengambil jalan tengah? Apakah respon anda apabila prestasi perjalanan perniagaan tidak mendatangkan keuntungan, sehingga syarikat terpaksa melakukan efisiensi perbelanjaan di sana-sini, termasuklah memotong bonus atau kemudahan terhadap para pegawai? Apa yang anda fikirkan apabila pelanggan yang dahulunya sangat setia, tiba-tiba berpaling menggunakan khidmat pesaing anda (pihak lain)?

Saturday, 14 September 2013

Evaluation & Humorous Speech Contest 2013 - SANDAKAN TOASTMASTERS CLUB


Gambar para peserta pertandingan bersama Jawatankuasa Penganjur & Rombongan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan


Jawatankuasa Kelab Pidato Toastmasters Sandakan diketuai oleh Presiden, Hj. Awang Jaafar telah menghadiri Program Evaluation & Humorous Speech Contest peringkat Sandakan Toastmasters Club tahun 2013 di Ballroom, Borneo Cove Hotel, Sandakan pada Khamis.

Wednesday, 11 September 2013

MAJLIS INSTALASI 2013/2014 - Sabah Hotel, Sandakan


Barisan Jawatankuasa Baru 2013-2014 Kelab Pidato Toastmasters bersama Area K2 Governor, Datin Betty Hiew CC, CL


Toastmasters District 87 Governor 2013/14, Datin Grace Chiu DTM berkata, jika kita mengutamakan kualiti sudah pastinya ia akan disusuli dengan kuantiti, orang lain tidak akan datang menyertai kita sekiranya kita tidak membantu mereka.

Saturday, 24 August 2013

Lawatan Pertama Area Governor K2, Datin Betty & Lee Chye Ewe DTM Ke Kelab Pidato Toastmasters Sandakan




Area Governor K2 (2013-2014), Datin Betty bersama Distinguished Toastmaster Lee Chye Ewe  telah mengadakan siri lawatan pertamanya ke Kelab Pidato Toastmasters Sandakan di lokasi mesyuarat latihan Lot 2 Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Aiport, Batu 7 Sandakan pada Rabu.

Monday, 5 August 2013

District 87 Toastmasters Leadership Institute (TLI) 2013-2014 Round 1




Program latihan kepimpinan District 87 Toastmasters Leadership Intitute (Pusingan Pertama) tahun 2013-2014 telah berlangsung pada Ahad 04 Ogos 2013 bertempat di Mini Theater, Wisma SESB, Kota Kinabalau.

Wednesday, 3 July 2013

Kursus Pengucapan Awam - Staf Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Sandakan


Datuk Hassan Alban Sandukong DTM


Distinguished Toastmaster, Datuk Hassan Alban Sandukong dari Kelab Pidato Toastmasters Sandakan diberi kepercayaan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Sandakan memberikan Kursus / Latihan Komunikasi kepada kakitangannya (staf) selama dua bulan.

Wednesday, 26 June 2013

Membentuk Kumpulan Kukuh


Kumpulan yang berjaya berorientasikan tindakan


Dalam proses pelaksanaan kerja berkumpulan (collective) kejelasan begitu amat penting supaya setiap individu yang berada dalam sebuah kumpulan saling lengkap melengkapi dan bantu membantu antara satu sama dengan yang lain.

Thursday, 20 June 2013

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-10


Barisan kepimpinan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan 2013/2014


Seramai 19 orang ahli Kelab Pidato Toastmasters Sandakan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali yang ke-10 bertempat di Borneo Cove Hotel, Jalan Pantai, Batu 1 1/2, Sandakan pada Rabu.

Monday, 3 June 2013

Tiga Cara Menyelesai Kritikan Pedas


Jadikan kritikan sebagai penguat semangat pembangunan kendiri


Sebagai seorang individu yang bekerja di pejabat, atau luar kawasan, pasti pernah menerima kritikan di atas sesuatu tindakan yang dilakukan. Apabila kita berada dalam persekitaran pekerjaan, kritikan atau teguran disampaikan dalam bentuk formal pada ketika mesyuarat atau dalam penilaian tugas.

Sunday, 28 April 2013

Mesyuarat Latihan Bersama Toastmasters Area K2


Photo Bersama  Ahli-ahli Toastmasters Area K2


MESYUARAT LATIHAN BERSAMA telah mengumpulkan lima  buah kelab dalam kawasan Area K2 terdiri dari Tawau Toastmasters Club, Lahad Datu Toastmasters Club, Sandakan Toastmasters Club, Sandakan Manderin Toastmasters Club dan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan bertempat di Sabah Hotel, Sandakan pada Sabtu.

Thursday, 25 April 2013

Mesyuarat Latihan + Seminar


Area K2 Governor, Encik Ling How Kee ACS, ALB


MESYUARAT LATIHAN Siri 24 April 2013 fokus kepada agenda Tajuk Bualan (Table Topics) dan Seminar Pendek bertajuk Kepimpinan Cemerlang oleh Area K2 Governor, Encik Ling How Kee ACS, ALB bertempat di Pejabat Perhubungan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (KPTS).

Thursday, 11 April 2013

Lokasi Baru Mesyuarat Latihan


Chartered President, Haji. Awang Jaafar CC (duduk) dan Bekas President, Haji Pg. Biddin Timbang ACB, CL (berdiri)


Bermula 10 April 2013 Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (KPTS) telah berpindah lokasi mesyuarat latihan dan pengurusan dari Taman Pecky Valley, Batu 2, Jalan Utara, Sandakan ke alamat baru; Lot 2, Tingkat Satu, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan.

Friday, 29 March 2013

4 Kebiasaan Menjadikan Wanita Lebih Berjaya




Kaum Hawa (wanita) pada asasnya memiliki kelebihan dalam melaksanakan kerjaya atau perniagaannya. Ini adalah kerana, wanita kerap kali memerlukan sokongan semangat daripada sesama mereka. Tidak hairanlah jika wanita cenderung lebih banyak berbagi satu sama lain demi menyuntikkan semangat untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam kerjaya mereka.

Sunday, 24 March 2013

Table Topics & International Speech Contest - Area K2


Para pemenang, peserta dan petugas Penyelaras Pertandingan Table Topics & International Speech Contest tahun 2013


Tahun ini Sandakan menjadi tuan rumah mengendalikan program pertandingan Ucapan Tajuk Bualan dan Pidato Antarabangsa (Table Topics & International Speech Contest) berlangsung di Hotel Borneo Cove pada Ahad.

Monday, 18 March 2013

Pertandingan Pidato & Ucapan Tajuk Bualan Antarabangsa


Barisan Jawatankuasa Penganjur Pertandingan bersama para pemenang Pidato & Ucapan Tajuk Bualan Antarabangsa


Program Pertandingan Pidato & Ucapan Tajuk Bualan Antarabangsa peringkat Kelab Pidato Toastmasters Sandakan (KPTS) telah diadakan pada Ahad 17 Mac 2013 bertempat di Tropikal Bed & Breakfast, Pecky Valley, Sandakan.

Friday, 1 March 2013

International Speech & Table Topic Contest - Sandakan Toastmasters Club



Gambar berkumpulan ahli-ahli Sandakan Toastmasters Club dan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan


Lawrence Dumling dinobatkan pemenang pengucapan awam antarabangsa (International Speech Contest) dan Shane Ho pemenang ucapan tajuk bualan (International Table Topic Contest) peringkat kelab oleh Sandakan Toastmasters Club bagi tahun 2013 berlangsung di Mark's Lodge, Bandar Indah Jaya, Sandakan pada Khamis.

Thursday, 7 February 2013

Top 8 Benefit of Joining Toastmasters




So you want to overcome your fear of public speaking and/or learn good public speaking skills and you've heard about Toastmasters. These only scratch the surface of the benefits that you'll gain from becoming a member of Toastmasters.

Here are 8 Top Benefits you'll get from joining Toastmasters:

Thursday, 31 January 2013

Eye Contact Skills in Public Speaking and Personal Development



A lot can be expressed from a person's eyes. Eye contact skill is one skill that plays a major role in your communication skills, presentation skills and public speaking. For many people, it provides a feeling of understanding and openness. It is also difficult to lie while looking into a person's eyes (there may be some exceptions). Looking into other's eyes while conversing shows your attention, depicts your self-confidence and expresses your sincerity.

Friday, 25 January 2013

5 Cara Terbaik Mengkritik / Memberi Teguran




Sesuatu teguran atau kritikan sebenarnya merupakan perkara yang sangat bernilai dan sangat berfaedah. Apabila kritikan itu boleh diterima dengan lapang dada, kita akan mampu memperbaiki dan memperbetulkan kekeliruan dan kesilapan yang dilakukan.

Monday, 21 January 2013

Effective Communication




" Studies tell 70% of mistake in the workplace are a direct result of poor communication..... "


Sunday, 20 January 2013

Ketawa Jadikan Anda Lebih Sihat




Orang tertawa karena mendengar atau melihat sesuatu yang melucukan. Kesannya, orang tersebut boleh terhibur bahkan merasa keriangan. Dari sudut kesihatan, ketawa itu boleh menyihatkan. Kajian menunjukkan, ketawa dapat meningkatkan kestabilan kesihatan jantung, meningkatkan harapan kesinambungan hidup serta mengurangkan rasa sakit.

Tuesday, 15 January 2013

10 Tips Pengucapan Awam




Perasaan gementar sebelum memberikan ucapan di khalayak ramai adalah perkara semula jadi, ia boleh memberikan kesan negatif kepada cara pengucapan anda. Berikut ini adalah beberapa tips yang telah terbukti berkesan bagaimana untuk mengawal perasaan gementar anda dan memberi persembahan ucapan yang lebih baik dan berkesan:

Sunday, 13 January 2013

Komunikasi Yang Positif




Komunikasi atau pertuturan sesama kita merupakan salah satu seni pembinaan personaliti. Ia termasuklah komunikasi ringkas dengan kawan-kawan dan rakan sekerja yang biasanya membawa impak yang besar kepada hati seorang insan yang mendengarnya. Terdapat alternatif-alternatif yang amat berkesan yang dapat kita aplikasikan dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi ketika berkomunikasi dengan orang lain.

Friday, 11 January 2013

Mesyuarat Latihan - Januari 2013


Presiden Kelab Pidato, Sharifah Fatimah CC, CL menyerahkan duit sumbangan daripada
ahli-ahli Kelab Pidato kepada Sahara Majid CC, melanjutkan pelajaran ke UIA


Kelab Pidato Toastmasters Sandakan membuka tirai mesyuarat latihannya tahun 2013 di Rumah Kediaman, Distinguished Toastmasters (DTM) Datuk Hassan Alban Sandukong, Kampung Tinusa Satu pada 9 Januari. Mesyuarat kali ini terasa santai seperti keadaan himpunan program kekeluargaan dimeriakan dengan kehadiran seramai 15 orang ahli dan 7 orang tetamu.

Sunday, 6 January 2013

Tujuh Manafaat Senyum




Senyuman adalah tindak balas semula jadi di atas sesuatu yang kita rasai, menunjukkan perasaan keriangan kepada orang lain. Dengan senyuman, kita dapat merangsang tugasan otak, ada hubungan yang serius di antara fikiran dan tubuh badan. Pada bahagian otak luar (korteks frontal) di sebelah kiri berfungsi sebagai pusat perhatian dan lisan, bahagian ini juga bertindak balas berhubung keriangan.

Tuesday, 1 January 2013

Ucapan Selamat Tahun Baru 2013



Salamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Saya selaku pihak administrasi laman sesawang Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, berbesar hati merakamkan ucapan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua ahli Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, rakan-rakan Toastmasters seluruh Malaysia, sahabat handai, sanak saudara dan semua rakyat Malaysia, khususnya Sandakan.